Tuesday, March 6, 2012
peribahasa tak pernah gune??
Assalamualaikum..
Kawan-kawan!! dulu time sekolah kite diajar dengan peribahasa yang best-best kat sekolah. Tapi harini
aku nak share beberapa peribahasa yang memang ada tapi kita jarang dengar. Kadang tergelak juga bila baca
balik.. Nak tau peribahasa apa yang dapat aku kumpulkan? Jom terjah peribahasa tak kreatif nih!!
Peribahasa:ambil ada
Makna:membuat kerja dengan tidak bersungguh-sungguh
Peribahasa:alas peti
Makna:sekeping dua wang perak yang disimpan kekal di dalam tempat menyimpan wang dengan kepercayaan supaya menyimpannya tidak keputusan wang.
Peribahasa:anak joget
Makna:penari joget
Peribahasa:anak tut
Makna:anak orang lain yang dipelihara seperti anak sendiri
Peribahasa:anjing buruk kepala
Makna:orang yang sangat dibenci oleh orang ramai kerana perangainya yang buruk.
Peribahasa:babi kasi
Makna:orang yang sangat gemuk
Peribahasa:batu penarung
Makna:orang yang menghalang sebarang kemajuan yang hendak dijalankan.
Peribahasa:belukang darat
Makna:orang yang suka menipu
Peribahasa:bendera setengah tiang
Makna:menandakan kematian
Peribahasa:beruk berayam
Makna:orang yang tidak tahu faedah atau guna sesuatu benda bernilai yang diberikan kepadanya, akhirnya dirosakkan atau dibinasakannya.
Peribahasa:besar gelembung
Makna:orang yang besar perbuatannya tetapi isinya kosong
Peribahasa:bingung alang
Makna:orang yang bodoh tetapi apabila kebodohannya itu ditegur atau dikecam dia marah
Peribahasa:bodoh sepat
Makna:orang yang berpura-pura bodoh tetapi sebenarnya dia cerdik
Peribahasa:buta perut
Makna:tidak mempunyai akal fikiran
Peribahasa:air digenggam tak tiris
Makna:orang yang lokek atau kedekut
Peribahasa:akal akar berputus tidak patah
Makna:orang yang mempunyai akal yang tinggi tidak akan mudah ditewaskan
Peribahasa:antan patah lesung hilang
Makna:kemalangan atau perkara buruk yang berturut-turut menimpa seseorang
Peribahasa:ayam terlepas tangan bau tahi
Makna:orang yang membuat pekerjaan yang dilarang akan mendapat malu
Peribahasa:badak makan anak
Makna:membuang anak sendiri
Peribahasa:bagai unta menyerah diri
Makna:orang bodoh dan lurus serta patuh itu selalu memberi keuntungan dan kesukaan pada orang cerdik.
Teka-teki tak berapa nak kreatif
Uit kawan-kawan..jom main teka-teki. Bosan dok berdiam diri ketika menghadiri majlis or ketika mendengar ceramah, baik ringan-ringankan minda untuk berteka-teki dengan member. Tak banyakpun teka-teki ni. Hanya untuk buka minda. Best sebenarnya main bende-bende kreatif ni.. Cari la jawapan sampai muntah.. Hahaha.. Selamat berteka teki..
Soalan: Bila kau nak guna, kau baling. Bila dah tak guna kau tarik
Jawapan: Sauh
Soalan: Perkataan apa yang dieja terbalik di dalam kamus?
Jawapan: terbalik
Soalan: Banyak-banyak air, air apa yang tak akan beku?
Jawapan: Air Panas
Soalan:Banyak-banyak bulan, bulan apa yang orang paling kurang mandi?
Jawapan:Bulan februari. sebab bulan tu paling sikit harinya.
Soalan: Banyak-banyak jam, jam apa yang orang selalu cuci.
Jawapan:Janban
Soalan: Banyak-banyak syarikat, syarikat ape yang besar sangat kat dunia nih?
Jawapan: Amerika Syarikat
Soalan: Kenapa superman pakai baju ada huruf 'S'?
Jawapan: Kerana kalau pakai 'M' atau 'XL' nanti longgar.
Soalan: Kenapa anak babi jalan tunduk?
Jawapan: Kerana malu ibunya seekor babi.
Soalan: Banyak-banyak lubang, lubang apa yang di isi banyak kali tapi taknak penuh?
Jawapan: Lubang Jamban
Soalan: Mi ape yang takde hal kalau di makan ngan ais
Jawapan: Milo ais
Soalan: Banyak-banyak burung, burung apakah yang paling penyayang?
Jawapan: Burung belatuk. sebab dia bela atuk.
Soalan: Kenapa Penggali Kubur Gali Kubur Tak Pakai Helmet??
Jawapan: Sebab die pakai cangkul untuk menggali
Soalan: Benda apakah semasa pergi terbang, semasa balik berenang?
Jawapan: Batu ladung (pada pancing)
Soalan: Kera apa yang boleh basi?
Jawapan: Kerabu
Soalan: Binatang apa yang sertai olimpik?
Jawapan: Kijang (lompat kijang)
Soalan: Banyak-banyak gunung, gunung apa yang paling kukuh?
Jawapan: Gunung tahan
Soalan: Siapakah ibu bapa kepada transformer?
Jawapan: Transparent.
Soalan: Di mana terdapatnya mentega paling bernilai?
Jawapan: Butterworth.
Soalan: Siapakah yang lemas kalau ke laut?
Jawapan: Karam singh.
Soalan: Banyak-banyak kuda, kuda apa yang paling kecil?
Jawapan: Pil kuda
Soalan: Seni mempertahankan diri yang paling manis?
Jawapan: Silat pulut.
Soalan: Banyak-banyak batu, batu apa yang boleh jalan?
Jawapan: The rock
Soalan: Banyak-banyak kuda, Kuda apa yang paling nipis?
Jawapan: Kuda Kepang.
Soalan: Banyak-banyak sukan, sukan apa yang paling memenatkan?
Jawapan: Catur, kerana memerlukan kita mengangkat kuda
Soalan: Banyak-banyak sungai, sungai apa yang paling kaya?
Jawapan: Sungai wang
Soalan: Banyak-banyak bende, bende ape yang makan padi?
Jawapan: Pagar. (harapkan pagar, pagar makan padi)
Soalan:Banyak-banyak kampung, kampung apa yang paling banyak hantu di Malaysia?
Jawapan:Kampung Pisang. Banyak zombie.
Soalan: Antara orang tinggi, pendek, gemuk, dan kurus yang mana paling banyak berkata-kata?
Jawapan: Pendek la. Pepatah melayu "pendek kata ..."
Soalan: Kenderaan yang paling over di dunia?
Jawapan: Hoverkraf.
Soalan: Banyak-banyak kawasan, kawasan paling banyak air?
Jawapan: Airport
Soalan: Kenapa ultraman ada kat Jepun?
Jawapan: Sebab raksasa banyak sangat kat Jepun
Monday, March 5, 2012
Saatnya bertukar ke budak art
بسم اللەالرحمن الرحيم
Assalamualaikum semua.
Setelah lama diri ini menggunakan address arterdesign.blogspot, kini dah tiba masanya untuk menggunakan domain baru. Ye...domain baru iaitu www.budakart.com. Mesti orang-orang tak akan banyak tanya kenapa aku menggunakan nama domain budak art. Of course la sebab blog arterdesign dah sinonim dengan art and designnya. Malah kat bahagian headerpun dah terpampang macam kat bawah ni:
Diingatkat lagi sekali, blog arterdesign ini ialah blog syok sendiri dimana aku bebas meletakkan kesemua karya diri.. Dan tak menjadi kesalahan kepada sesiapa yang ingin melihatnya. Terima kasih kepada semua yang telah memberi support sejak 2008. Dengan adanya blog budak art ni diharapkan aku akan rajin berblog dan memberi sedikit sebanyak tips-tips kehidupan kepada para sahabat.
Pernah terlintas dalam kepada otak aku untuk menggunakan arterdesign.com. tapi!! nak tau kenapa? cuba tengok screenshot nih:
Domain arterdesign.com dijual dengan harga ±RM3 882.00
Anda boleh terus ke link ni untuk mengetahui harga US Dolar ke ringgit Malaysia. Memang tak masuk akal. Mana aku ada duit. Bijak penjual domain ni. Mungkin sebab perkataan art dan design tu membuatkan ianya memcecah beribu-ribu ringgit. Tapi aku tak kesahpun sebab dari dulu dah rasa janggal menggunakan arterdesign. Kalau artanddesign.blogspot.com boleh la gakkan..
Mengapa pilih budakart sebagai domain? tak ada nama lain yang lebih komersial ke? or bantai letak gak. Jawapannya mudah sahaja. Aku masih minat dengan art. Dunia aku, aku peduli apa.=) Lepasni boleh la berlagak ngan budak-budak sebab emailpun dah jadi:
fauzan@budakart.com
Alhamdulillah. Macam main-mainkan beli domain ni. Pengalaman mengajar aku. Duduk kat melaka, belajar di Uitm bandaraya dan mengambil kos art and design. Berkawan ngan capek lalu nak dijadikan cerita bos die nak wat web. So aku buatkan walaupun macam-macam hal berlaku. Tapi berpengalaman jugalah membuat web. Tak kenal maka tak cinta. Seronok juga buat web walaupun berplatform blogger. Tapi bukan main susahnya sebab kesemua page menggunakan dreamweaver, artisteer dan kompozer. Nampak cam mengarut tetapi itulah dia.=)
Bercadang juga aku untuk convert arterdesign di blogspot ni ke wordpress sebab rata-rata menggunakan wordpress menyanjunginya. Tapi dari dulu aku dah diterapkan untuk mengatakan yang wordpress itu susah dan akan menjadikan diri aku menggelabah sorang-sorang bila menggunakan wordpress. Wordpress dikenali dengan sifatnya yang mesra SEO, super banyak tamplete dan plugin serta kekemasan yang jauh lebih mantap daripada blogspot/blogger. Tapi kena ingat, blogspot tak sesuperb wordpress tapi sangat superb bagi penggemar blog kerana ianya mudah diuruskan dan tak berapa nak serabut. mudah paham.
Itu sahaja celoteh yang mampu budak art kate.. jumpa lagi dilain hari.. Assalamualaikum.
Subscribe to:
Posts (Atom)
About Me
- fauzan
- Manusia ade hati dan perasaan.. Akupun ade gak..So untuk menjadikan hati dan perasaan berfungsi secara normal, kenalah selalu meluahkannye kat artwork..bleh??
Popular Posts
-
Macam tak sampai je... Ape yang tak sampai?? tu ha...no pendaftaran kerete tu ngan perwatakan muslimah ni.. Work ni di ilustrasi diat...
-
Mendapat kunjungan daripada miz nadhira dan beliau turut mengajak diri ini menyertai segmen jom tambah follower. Orang dah ajak ...
-
Baru beberapa minggu menolong member di kedai beliau, terlintas difikiran untuk wat car sticker punye design.. Maklumlah kat kedai die...
-
Media: Marker, Water Colour, Pencil Colour, Gel Pen, Charcoal Size: A3
-
Software: Adobe Photoshop, Firework, Illustrator, Flash Contoh iklan yang bakal diusahakan.InsyaAllah. Ruangan iklan ni (advertism...
My Blog List
-
Betol Ke??2 hours ago
-
" Assalamualaikum cikgu ! "2 hours ago
-
Birthday girl1 day ago
-
masih mentah3 days ago
-
Retouched and Grahf5 days ago
-
Teromba I6 days ago
-
Full of laugh :)1 week ago
-
-
Dengarkan Aku1 week ago
-
my baby BEE part32 weeks ago
-
Sungguh Tak Professional!2 weeks ago
-
-
-
EVERLYNN SKINCARE2 months ago
-
-
GIBSON SG '61 REISSUE 3D3 months ago
-
oh bz4 months ago
-
Hot Chick4 months ago










